Internet Percuma Dilulus terbit pada Tuesday, January 13 @ 15:30:00 MYT oleh TokPenghulu |

"

Sememangnya betul, saya akan dedahkannya. Mungkin ada di antara kita yang telah mengetahui akan hal ini dan mungkin juga ada di antara kita yang masih belum mengetahuinya walaupun hal ini bermula sejak Mac tahun lepas lagi.
Berita baik ini ditujukan kepada semua lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih menggunakan akses internet dial-up 56K dan yang menggunakan ‘broadband’ pun boleh juga sekadar informasi. Manalah tahu kalau-kalau anda ingin menggunakan dial-up 56K juga sebagai altenatif selain ‘broadband’. Maklumlah kadang-kadang rangkaian jalur lebar atau ‘broadband ini pun boleh meragam tak tentu masa. Terutama pada waktu cuaca buruk kelazimannya. Untuk itu saya ingin menerangkan cara-caranya sebagai salah satu tips untuk mencari alternatif disamping dapat mengelak daripada membayar bil internet yang berpuluh ringgit bahkan mungkin mencecah ratusan ringgit sebulan kerana ketidaktahuan kita. Yang nyata cara ini halal di sisi agama dan sah di sisi undang-undang.
http://www.lets-talk.com.my/package.html
Perhatikan pada bahagian ‘local call’, kesemua pakej TM Let’s Talk menawarkan perkhidmatan panggilan tempatan (local call) secara percuma tanpa had (unlimited). Jadi, maknanya anda boleh buat seberapa banyak dan seberapa lama panggilan tempatan tanpa sebarang caj oleh TM selain kadar bayaran tetap untuk sebulan mengikut kadar tiga pakej yang disediakan. Katakan anda memakai pakej Let’s Talk RM38, maknanya tiap-tiap bulan anda hanya perlu bayar sebanyak RM38 sahaja (tidak termasuk caj panggilan: national-STD/mobile or other fixes line/international-IDD).
Seterusnya anda perlu membuka akaun internet dial-up dengan TIMENet. Rujuk di sini untuk info mengenai TIMENet dialup: http://www2.time.net.my/channels/dialup/index.php
Segalanya percuma dengan TIMENet, dari pendaftaran (online), caj panggilan internet (tersedia percuma oleh TIMENet namun perlu membayar kepada syarikat penyedia talian telko mengikut kadar panggilan tempatan yang telah ditetapkan oleh syarikat masing-masing), akaun emel, tapak web, tiada bil, tiada sewa bulanan mahupun tahunan, dan pendaftaran akaun internet tanpa had tempoh masa luput.
Jadi, apa kaitan pakej TM Let’s Talk dengan TIMENet dial-up?
Senang sahaja, bahasa mudahnya TM Let’s Talk adalah pakej dari TM yang menjadi penyedia talian telko dan TIMENet pula sebagai pembekal internet (ISP). Jika kedua-duanya telah memberikan pakej yang percuma. Jadi, nyatalah yang akses internet dial-up 56K itu benar-benar percuma. Tetapi pastikan anda menggunakan nombor panggilan internet dial-up mengikut kawasan anda. Sila rujuk di sini untuk info mengenai nombor panggilan mengikut kawasan anda: Sungguh gembira kan? Walaupun ianya hanya sekadar perkhidmatan internet dial-up 56K. Apa yang penting, ianya adalah percuma. Maknanya secara teori dan praktikalnya tiada lagi sebarang caj internet untuk dial-up 56K anda."
No comments:
Post a Comment