Penggunaan Istilah Bahasa Melayu (CampurAduk/CacaMerba) di Media.
Saya ada terbaca dalam ruangan 'cubit-cubit manja' dalam akhbar Mingguan Malaysia pada keluaran yang lalu (iaitu edisi mingguan hari Ahad, 25 Februari, 2007) mengenai tulisan saudari memperkatakan tentang penggunaan istilah 'otai' dalam laporan dan penulisan diakhbar dan majalah dan juga media letronik (Radio dan TV) misalnya semasa dalam majlis persembahan rancangan Raja Lawak Astro. Saya pun tidak menggemari juga tentang bermacam-macam istilah Melayu (yang dicelup bulat-bulat dari istilah Inggeris) telah digunapakai [oleh pihak media kita (media-letronik dan media cetak)] dengan sesuka-hati mereka saja. Ada yang diceduk atau dipinjam (dicuri) dari bahasa Inggeris selalunya (kerana sengaja hendak menunjuk-nunjuk yang mereka itu ada 'class' - [English-educated lah nak dikatakan]? atau pun mereka itu sudah habis atau muflis istilah (mudah cakap: tidak mempunyai pengetahuan tentang istilah yang berkenaan - jadi terpaksalah meminjam dari istilah asing lebih-lebih lagi Inggeris - "baru ada class!").
Istilah-istilah sepertimana diperkatakan ini lazimnya diambil pakai secara sesuka-hati masing-masing adalah terbahagi kepada beberapa jenis:
1) ISTILAH YG DI CEDOK SERATUS PERATUS (ASING SEPENUHNYA).
[misalnya: THEATRE; MEDIA; PROGRAM; PANORAMA; BOX-OFFICE; GLAMOUR;
OPERA; SUPERSTAR; GENIUS; AURA; RED-CARPET; CHEF; SHOOTING; SHOT;
PROFESSOR; FORMULA; PROFESSIONAL; URBAN; MOOD; PETROL; GAS; DIESEL;
GLOBAL; ICON; IDEA; PORTAL; METHOD (istilah remaja kini); POP (untuk muzik &
hiburan); ROCK (untuk muzik); RAP (untuk muzik) HERO; HEROIN (ejaan dlm
bahasa Melayu) - itulah kita bangsa Melayu pandai meniru tapi tak pandai atau tak
mengerti dengan sepenuhnya, hanya tahu menggunapakainya semata-mata secara
membuta-tuli. HEROINE yg sebetulnya ejaan dlm bahasa asalnya, Inggeris. Ejaan
HEROIN tu bermaksud DADAH dari MORFIN (morphine)].
2) ISTILAH YG DICAMPUR-ADUK (KAWIN CAMPUR).
[misalnya: SURE HEBOH; MEDIA-CETAK; FENOMENA SENI; FORUM PERDANA;
DILEMMA WANITA; GALERI PERDANA; DIARY ANAK SENI; EDISI SIASAT dan
sebagainya].
3) ISTILAH YG DIBERI SINGKATAN BERCAMPUR DGN ISTILAH INGGERIS.
[misalnya: SALURAN INFORIA; AGROTEK; AGROJURNAL; LAMANWEB dan
sebagainya].
4) ISTILAH YG DIAMBIL DARI BAHASA INGGERIS DAN DI MELAYUKAN.
[misalnya: OTAI (dari perkataan: OLD + TIMER); ARTIS; FOBIA; MEDIA-
LETRONIK; FENOMENA; PANORAMA; KAMERA; FILEM; GALAKSI; SENSASI;
OPERASI; LENSA; GALERI; SPONTAN; OTOMATIS; REALITI; KOMEN; INDIVIDU;
PERSONALITI; EDISI; RESIPI; MISTERI; KONSERT; IMPAK; DAIL; SINDROM;
PROFESIONAL; FOKUS; FORMULA; KAUNSELING; SATELIT; KOMET; KOMERSIAL;
SUKSES; MENTALITI; BRADER; SEKS; SIGNIFIKAN; OKEY; GOL; IDOLA;
GLOBALISASI; SISTEM; STESYEN; OBJEKTIF; INFORMASI; KLASIFIKASI;
KONSISTEN; FUNGSI; EMOSI; RASIONAL; NASIONAL; TEKNOLOGI; MODEN;
KONSEP; PERSEPSI; INTEGRASI; KREDIBILITI; MOTIVASI; INSPIRASI; MEDIK;
SKRIN; STRES; TRAGEDI; KATEGORI; MINDA; RISIKO; DOKTOR; LABEL; KES;
INSURAN; SERIUS; UNIVERSITI; MASSA; PSIKIATRI; RESPONS; OPTIMIS;
PROSES; IMEJ; MINIT; SIMPATETIK; HARMONI; BIOLOGI; KOMPONEN; FIZIKAL;
AUTONOMIK; AKTIF; HORMON; POSITIF; NEGATIF; MENTAL; MENTOL; ALKOHOL;
SEKSUAL; SKANDAL; SLOT; TEMA; KONSPIRASI; AKSI; POLIS; POLISI; BOTOL;
PERSPEKTIF; SOSIAL; SITUASI; EKSTREM; NORMAL; STROK; KRONIK; SKIL;
TEORI; UNIK; SAINS; KLINIK; INSTITUSI; PSIKOLOGIKAL; FAKTOR; FAKTA;
SIMPTOM; ARENA; BOT; TIP; SESI; REALISTIK; KOMUNIKASI; HOBI; REKREASI;
AKTIVITI; MUZIK; LIRIK; MEDITASI; HERBA; TRADISI; KOS; ALTERNATIF; PIL;
EREKSI; KLINIKAL; SPERMA; TRADISIONAL; SAINTIFIK; PRESTASI; INTIM;
KUANTITI; KUALITI; MEREALISASIKAN; FESYEN; BOM; MESEJ; DIMENSI;
APLIKASI; MEMORI; TEKNIKAL; KAD; BATERI; AUTOMATIK; PROFIL; MOBIL;
INTERAKTIF; KLIP; GALERI; MENGEDIT; ARTIKEL; SIMFONI dan sebagainya].
5) ISTILAH YG DIREKA CIPTA ENTAH DARI MANA.
(inilah satu-satunya yang paling JANGGAL SEKALI) - ikut sedap sendiri saja:
[iaitu : INFOTAINMEN]. Adakah ini dapat diandaikan sebagai 'istilah syok-sendiri'?
Namun ada lagi satu yang juga tidak kurang kejanggalan nya jika diambil kira & ini pun
entah dari mana asal usulnya pun wallahualam. Yang dimaksudkan ialah: GLOKAL.
6) ISTILAH YG DAH SEBATI DGN JIWA ORANG MELAYU DAN TIADA TERCARI DAN
TERCIPTA AKAN ISTILAH DALAM BAHASA SENDIRI.
[misalnya: RADIO; TV; TELEFON; VIDEO; CD; DVD; KOMPUTER; DILEMMA;
TRAUMA; EMAIL; HOSPITAL; BANK; MENTAL; DIAGNOSIS; MULTIMEDIA; ANTENA;
DIGITAL; VISUAL dan sebagainya].
7) ISTILAH YG ADA DALAM BAHASA MELAYU TETAPI MASIH TERPESONA DGN
ISTILAH ASING (INGGERIS) JUGA.
[misalnya: MELODI (irama) ; DRAMA (lakunan); ARTIS (orang seni - secara 'am);
GOSSIP (umpat-mengumpat); PERSONALITI (perwatakan); PERSONAL (peribadi);
POPULAR (digemari atau disukai ramai); REKOD (catatan); EDISI (keluaran);
DIARY (catatan harian); PORTAL (gerbang); DIABETES (kencing-manis) dan lain-
lainnya].
Tengoklah berapa punya banyak kata-kata istilah asing (kebanyakan dari istilah Inggeris) yang telah saya kutip hanya dari beberapa rencana (artikel) dan laporan dari hanya sebahagian dari akhbar tempatan sahaja. Itu tidak lagi merangkumi akhbar-akhbar dan majalah-majalah yang lain. Mungkin lebih banyak lagi dapat dikumpulkan.
Malah banyak lagi istilah-istilah yang diambil dan dipinjam dari istilah-istilah asing kebanyakannya dari bahasa Inggeris yang begitu ghairah sekali digunapakai tidak kira tempat, masa dan ketika. Sesetangahnya secara spontan diceduk kata dasar bahasa asing iaitu dari Inggeris sesuka hati sahaja; misalan : "recommend" - maka ditambah sahaja penambahan (bahasa Melayu) dipangkal dan di hujung seterusnya maka jadilah sebegini : "meng'recommend'kan" - dan terciptalah bahasa 'kahwin campur' atau 'bahasa rojak campur'. Biasanya ini sering berlaku secara lisan dalam rancangan-rancangan seperti
"TV Talk-Show" atau dalam siri 'bual-bicara' dan sebagainya.
Kalau lah perkara-perkara seperti ini masih berterusan dan semakin berleluasa dan terus berkembang biak dan semakin menjadi-jadi; maka dikhuatiri akan bahasa Melayu kita berkemungkinan akan hilang dan terus hilang ditenggelami oleh arus perkembangan bahasa 'rojak campur kahwin celup' ini. Dan akhirnya "bahasa Melayu akan hilang didunia".
Bila bahasa sudah hilang lenyap - maka bangsa pun akan turut hilang bersama.
Kerana kan "bahasa menunjukkan bangsa". Kan sudah tidak ada lagi bahasa untuk dipertunjukkan? Bahasa Melayu sudah jadi bahasa 'campur-aduk' atau 'rojak-campur' atau juga 'bahasa caca-merba'. Tidak wujud lagi bahasa Melayu yang asli dan tulin sebagaimana dizaman kegemilangan dan kemegahan bahasa Melayu disuatu ketika dulu.
Bila tidak ada bahasa, maka tidaklah ada juga bangsanya! - 'identity' bangsa Melayu itu sendiri. Bangsa Melayu? akan kemana seterusnya? Akan hilang entah dimana!
TAPI disebalik komen-komen keatas istilah 'caca-merba' yang berbau ke Inggerisan itu yang sering digunapakai oleh pihak media kita, ingin juga saya ambil perhatian tentang penyalahgunaan istilah Melayu sendiri, iaitu istilah yang sering digunapakai iaitu "NOBAT".
Istilah "nobat" dari Kamus Dewan: menerangkan 'nobat' ialah:
1. sejenis gendang besar: maka berbunyilah ~ nafiri, bersambutan pula dgn bunyi-bunyian sekalian; 2. sejenis pancaragam Melayu (sekelompok pemain-pemain alat-alat mainan muzik tradisi Melayu lama) yg bermain ketika raja ditabalkan dll: setelah sujud tiga kali, maka ~ tabal pun berhentilah; 3. dlm sastera Melayu lama: duduk di penghadapan, dihadap orang (berkenaan dgn raja); naik ~ a) ditabalkan menjadi raja; b) (Minangkabau) menjadi pengantin (kahwin) [ia tak ia juga - kita disini adakala kita rujuk sebagai 'raja sehari' untuk pasangan pengantin baru yang sedang bersanding diatas pelamin];
menobatkan menaikkan ke atas takhta kerajaan, menjadikan raja, memahkotakan, menabalkan: maka oleh Sultan Alauddin anakanda baginda itu dirajakan baginda di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka;
penobatan perihal menobatkan, penabalan.
Dengan pengertian yang terdapat pada Kamus Dewan tersebut maka istilah 'nobat' yang sering digunapakai oleh pihak media kita adalah salah sama sekali tentang penggunaannya baik disegi tempat, masa dan keatas para individu itu sendiri. Misalan yang kerapkali kita dengar seperti begini: "Berita terkini: si anu si anu telah dinobatkan sebagai 'juara paling popular' tahun ini dan dengan sendirinya akan tercatat dalam sejarah Buku Rekod Malaysia". Memang amat tidak wajar ("irrelevant") sekali dan memang begitu janggal dalam penggunaan nya untuk ungkapan seperti itu. Sememangnya, penggunaannya tidak kena pada tempatnya dalam keadaan situasi sebegitu. Itu yang dikatakan "tidak relevan" tu.
Jika diambil kira akan istilah ini, ianya hanya sesuai untuk kegunaan pada kalangan raja-raja atau yang ada kaitan dengan istiadat diraja sahaja. Jadi memang tidak sesuai jika sekiranya istilah 'nobat' ini di gunapakai selaku 'kata perbuatan' untuk pihak-pihak yang bukan berkenaan dengan sultan atau raja-raja. Ini kerana pengertian 'nobat' itu sendiri adalah memberi maksud yang tersendiri, iaitu sesuatu yang dicanang dengan penuh bergema dan berkumandang dengan bunyi-bunyian yang penuh dengan adat istiadat kesultanan dan raja-raja mengikut adat istiadat tradisi Melayu lama yang mengasyikkan.
Begitulah juga dengan istilah istilah yang dikhaskan untuk seseorang yang 'darjat' nya mengatasi orang kebanyakan; dan ianya dikhaskan untuk yang tertentu sahaja seperti : sabda, firman, titah, wafat, murka, mangkat, baginda, bersemayam, santap, mahligai, istana, singgahsana, beradu (tidur), bersiram (mandi), gering, dan sebagainya. Itulah etika kita sebagai penulis agar sentiasa ikut pada tatatertib dalam adab penulisan dan juga pertuturan.
Satu lagi istilah yang sering digembar-gemborkan oleh pihak media kita yang satu-satu ini ialah "baru" dan "baharu". Makna dan maksudnya sama erti. Agak janggal juga bila kedengaran sebutan dari pihak yang mencanangkan kata-kata tersebut (pihak pengacara maupun pembaca berita TV juga Radio) seperti "Selamat Tahun Baharu Cina" atau yang lain-lain yang mengandungi istilah 'baru' dulunya - sekarang dipanjangkan menjadi "baharu" pula. Tidak salah tentang penggunaanya, akan tetapi bunyinya agak janggal sekali, kerana kita biasa mengucapkan "Selamat Tahun Baru ....." dan bukannya meleret-leret pula dengan bunyinya dengan ungkapan "baharu" menggantikan perkataan 'baru'.
Sedang kebanyakan dari kelompok bangsa Melayu kini cenderung kepada kata-kata istilah yang singkat dan padat, apalagi bila ia di ucapkan melalui sebutan dari mulut (oral) atau secara lisan. Maka apabila dalam gerak laku lisan, maka sebutan 'baharu' dengan sendirinya secara selari sebutan akan berbunyi macam "ba..ru" saja. Bunyi "ha" di tengahnya akan hilang (didalam kerengkung) disebabkan sebutannya agak cepat dan diringkaskan. Begitu juga istilah "sahaja" bila dipendekkan akan jadi "saja". Ini amat ketara sekali lebih-lebih lagi apabila ianya terlibat secara percakapan atau pertuturan (lisan). Begitu juga dengan istilah "dahulu" dan "dulu" ; "hadapan" dan "depan" ; "sudah" dan "dah" dan sebagainya. Banyak lagi contoh yang dapat kita ambil dari ungkapan-ungkapan sebegini.
Jadi, bila pihak pengacara TV dari stesyen tersebut (sahaja) melafazkan ungkapan "baharu" yang pada kebiasaannya disebut "baru" - maka akan terasa janggalnya dan ternampak akan kekoknya mereka-mereka yang terlibat dalam mengucapkan kata-kata itu.
Mungkin itu semua adalah mengikut arahan dari pihak atasan - maka terpaksalah dilakukannya juga, walaupun kesannya amat janggal sekali bunyinya. Namun pihak atasan juga harus meneliti balik akan kesan bunyi (sound effect) yang tidak senada dan seirama itu, sama ada harus diperbetulkan atau dibiarkan begitu saja. Jangan biarkan saluran anda menjadi bahan ejekan penonton saja akhirnya.
Sekian, dan fikir-fikirkan lah akan masa depan bahasa kita - keutuhan dan kemantapannya -agar tidak terjejas sebelum sudah jadi terlambat - sebelum "nasi dah jadi bubur" ;
dan seterusnya untuk martabat bangsa kita sendiri juga.
Wassalam.
dari,
SitiNur